Tuesday, February 28, 2012

rumah ehsan kuala kubu baru

Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru terletak di Jalan Sinaran, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Objektif utama Rumah Ehsan ditubuhkan adalah  bertujuan sebagai penempatan untuk mereka-mereka yang sakit melarat dan tidak mempunyai saudara mara lagi untuk menjaga mereka. Rumah Ehsan juga memberi penjagaan, rawatan dan perlindungan kepada orang-orang sakit dan uzur dalam suasana yang selesa dan tenteram.  Ianya berada dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Lingkungan umur yang menghuni Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru adalah dalam lingkungan 60 tahun dan keatas. Jumlah penghuni rumah ehsan pada tahun ini, iaitu 2012 adalah seramai 105 orang. Ianya terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan. Daripada jumlah tersebut, warga emas ini telah dibahagikan kepada empat dorm iaitu dorm A, dorm B, dorm C dan dorm D. Jumlah penghuni dorm A adalah seramai 34 orang (lelaki sahaja). Dorm B pula seramai 30 orang (perempuan sahaja) manakala jumlah penghuni dorm C adalah seramai 24 orang (perempuan sahaja). Yang terakhir adalah dorm D. Jumlah penghuni adalah seramai 26 orang (lelaki sahaja).
Kebanyakan penghuni yang menghuni Rumah Ehsan ini tiada waris. Selain itu, kita tidak perlu bimbang kerana Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru bebas daripada penyakit berjangkit. Penguni kebanyakannya orang sakit yang terlantar. Tiga K dititik beratkan ketika berada di rumah ehsan ini iaitu, K yang pertama adalah kemahiran berinteraksi. Keberkesanan interaksi amat penting dalam menguruskan orang-orang tua ini kerana mereka mempunyai kesukaran untuk bercakap. K yang kedua adalah kebijaksanaan dan K yang terakhir adalah kesabaran. Ini penting kerana,dalam menghadapi orang-orang sakit, kita perlu sabar dalam menghadapi kerenah mereka.
Disini sememangnya terdapat jururawat-jururawat yang memang sentiasa bertugas bergilir syif untuk menjaga kebanyakan warga-warga tua yang sakit melarat dan tiada saudara mara ini. Ia terbahagi kepada dua kumpulan. Atendan tetap dan atendan sementara. Disini jua terdapatnya doktor-doktor bertugas yang bergilir datang melihat dan merawat penyakit pesakit-pesakit. Pembantu-pembantu am, tukang masak, dan sukarelawan-sukarelawan yang prihatin datang melawat dan membantu meringankan beban hidup hari hari terakhir seorang warga tua.
Kita tidak dibenarkan memandikan orang-orang tua ini kerana ada cara-cara yang betul untuk mandikan. Kita hanya boleh membantu abang-abang dan kakak-kakak mandikan dan menguruskan mereka. Awal-awal lagi kami telah dipesan, tiada gambar boleh diambil didalam wad dan bilik penghuni kerana sebab-sebab tertentu dan 'privasi'. 
Di kesempatan ini, saya telah berjaya menemubual seorang penghuni rumah ehsan ini. Di bawah adalah maklumat-maklumat yang saya peroleh.
Khadijah binti Moid atau lebih dikenali sebagai Mak Jah sering mengatakan bahawa hidupnya sering dirundung malang. Mana tidaknya, ibu bapanya telah bercerai sewaktu dia berumur 17 tahun. Mak Jah mempunyai 2 orang adik beradik. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Selain itu, Mak Jah juga mempunyai lima orang saudara tiri. Mak Jah telah disahkan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga jantung. Dia mendapat penyakit ini ketika berusia 17 tahun lagi. Mak Jah tidak berkahwin kerana dia tidak mahu membebankan orang lain dengan penyakit yang di hadapinya. Dia mengatakan bahawa dia senang hidup sendirian.
Mak Jah telah berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Dia telah ditinggalkan oleh ayahnya kerana ayahnya berkahwin lain. Mak Jah berniaga secara kecil-kecilan di Jalan Dato’ Keramat. Waktu remajanya diisi dengan bekerja. Antara pekerjaan yang dilakukan adalah tukang jahit, pembantu rumah, dan juga mengajar anak-anak majikannya mengaji. Hanya bergajikan serendah RM 40 sebulan, Mak Jah menyara hidupnya.
Mak Jah telah dimasukkan kerumah ehsan ini hasil daripada aduan penduduk setempat di kawasan kediamannya. Mengikut laporan, Mak Jah tinggal sendirian dirumah tingkat empat di Kampung Melayu Wira Damai Pinggiran Batu Caves Selangor. Sewa rumah dibayar oleh Baitulmal. Dalam keadaanya yang uzur dan tidak boleh bergerak ini, pihak Kebajikan Masyarakat ini telah menghantar Mak Jah Kerumah Ehsan pada 22 jun 2010 agar kehidupannya lebih terurus.
20 tahun yang lalu, Mak Jah dilaporkan terjatuh dan dari situlah, keupayaannnya untuk bergerak telah hilang. Enam tahun selepas kematian emaknya, abangnya pula meninggal dunia. Mak Jah tidak mahu tinggak dirumah kakanya kerana takut membebankan kerana kakaknya juga mempunyai ramai anak untuk ditanggung dan keadaan rumahnya yang kecil. Di rumah ehsan ini, Mak Jah terbaring lemah dan dia telah ditemani oleh sahabat karibnya iaitu Mak Cik Zakiah yang terletak di sebelah katilnya. Suka duka mereka kongsi bersama dan biarlah mereka menjadi sahabat sehidup semati. Mak jah mengakhiri perbualannya.    
Kesimpulannya, sebagai anak, kita perlulah menjaga dan merawat ibu bapa kita sebagaimana yang telah dilakukan oleh mereka di waktu kita kecil. Pengorbanan yang telah mereka lakukan amat berharga. Sepatutnya, kita bersyukur kerana telah di lahirkan dan dapat berada di dunia ini. Tanpa mereka siapalah kita. Bahawasanya, perkenalan seketika bersama pakcik makcik di rumah ehsan ini telah menyedarkan kami bahawa betapa pentingnya hubungan kekeluargaan itu dan sebagai seorang anak, kita hendaklah berbakti kepada orang tua kita selagi nyawa dikandung badan. Jasa mereka terhadap kita takkan mampu dibalas dengan wang ringgit .Oleh itu, sayangilah mereka, hargailah mereka. Biar kita menangis kerana mereka tetapi jangan biarkan mereka menangis kerana kita.

Monday, February 20, 2012

ilmu dikongsi, bakti disemai


Assalamualaikum..
pertama-tamanya aku nak panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya program ILMU DIKONGSI, BAKTI DISEMAI dapat berjalan dengan lancar..alhamdulilah..
sungguh aku tak sangka dan aku tak duga..setelah pelbagai halangan dan rintangan yang di tempuhi, akhirnya berjaya juga..terima kasih YA ALLAH..ikuti perjalanan program ni sebelum dan selepas..

sebelum program
perasaan bercampur baur, takut,gementar,segan n lain2..mane tak nya, ni first time handle program cam nie..jadi fasilitator plak 2..hari demi hari kitaorng buat latihan untuk memantapkan program nie..dan dari hari demi hari lah kami dapat berita yang xsdp nak didengar..tapi kami teruskan juga..bab kata tokoh kami adibah azemi 'KITA YANG MULAKAN, KITA YANG TAMATKAN'.

15.02.2012
hari ni kita orng dapat berita tergembar..mana tak gemparnya, tiba2 pengangkutan xdiluluskan..katanya tempat yang kami nak pergi berada dalam zon yang tidak dibenarkan..lepas dapat berita 2, kitaorng terus pergi beli tiket ke TERENGGANU. cepat2 kitaorng balik kemas baju..6 orang yang naik bas termasuk aku malam 2 manakala 5 orang lagi naik kereta..alhamdulilah..sampai dalam pukul 5..kitaorng pom menginap di masjid yang berdekatan sementara menunggu dijemput oleh kak aini and the geng.

16.02.2012
bersarapan pada pukul 12 lebih di rumah kak aini..dan meneruskan perjalanan ke SMK BELARA yang mengambil masa kira2 10 minit..yang seronoknya kitaorng jalan kaki..sampai di cop sebagai ''orang indon'' kot..perrr..memang nampak muka kitaorng macam orng indon ke?? sampai di sekolah, meeting sikit ngan cikgu kaunseling Puan Rabilah..lepas 2 kitaorng chek in d asrama.. petang 2, jumpa ngan budak2 sekolah SMK BELARA..tkot jugak rasanya..first 2 diaorng mcam yak suka je, tapi alhamdulilah, mereka semuanya ok..malam 2, kitaorng mula la beramah mesra dengan mereka..best kot..semuanya spotinnnn...dari situlah nama aku dikenali sebagai KAK ANGRY BIRD..lucu ase.. ^.^

17.02.2012

erobit,senaman dan yang sewaktu dengannya..tak best sangt bub lagu tak kuat..budak2 jadi tak bersemangt..tapi yang penting JAI HO..budak2 enjoy kot..lepas 2 ada la sesi perbentangan..budak2 power gila kot..diaorng punya presentation marveloss..hebat n mantap..budak2 lain kat bawah semua fokus..sesi soal jawab terbaik la..masing2 berebut nak tanya soaln..tahniah di ucapkan..yang paling aku bangga..xde sorang pom yang tido..terbaik lah...even aku sendiri pom, kalu time presentation, mesti tido punya, hehe ^.^..tapi diaorng tak..aku bangga dengan diaorng!! sukaneka petang 2..seronok..budak2 enjoy..yang paling best sekali batik terbang..walaupom basah, mereka enjoy..sampai nak tercabut tangan katanya..malam citra budaya tak kurang hebatnya..masing2 berbakat..persembahan mantap..lucu..yang paling aku suka, budak2 cakap, suara2 fasi sedap..perr...koya meta..^.^ aku nak mintak maaf pada mirul n ikhmal, bub persembahan diaorng xperfect..gara2 lagu xleh main..sory ea..


18.02.2012
hari terakhir..sedih..da nk berpisah..mereka semua enjoy nyanyi lagu tema, iaitu GEMURUH DAN REALITI INSAN..memamg bersemangat..disaat mengumumkan 'maka berakhirlah progarm...' semua sedih..ada yang nangis..termasuk aku..masa nyanyi lagu pom..berlinangan air mata..sedih sangat..yang aku xleh lupa, ada budak tolong lapkan airmata aku..cayelah..malu tapi mahu.. ^.^ ..Time kasih pade kak aini kerana invite saya, n kawan2 yang lain..aida,liya,diba,intan,mirul,ikhmal,fikri dan faizul..pape pom..setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..gud luck untuk adik2 SMK BELARA..sayang korang ketat2..ada masa jumpa lagi..INSYAALLAH..


Friday, February 10, 2012

Kenagan terindah

terasa indah di saat bersama..
sekolah titk permulaan kepada
persahabatan yang indah..
suka duka kongsi bersama,
tangis tawa setia di hati,
mengukir kenangan di lubuk hati,
sampai bila2 akan di ingati..
kerinduan zaman ini sentiasa diingati, 
mengharap sesuatu yang tidak akan terjadi,
zaman persekolahan ini tidak mungkin
akan kembali..
yang pasti ianya KEKAL DI HATI..