Tuesday, November 20, 2012

Bersyukurkah aku?

Assalamualaikum..
yaALLAH yaTUHANKU..terlalu banyak nikmat kurnian yang telah engkau
berikan padaku..terlalu banyak!..tapi..bersyukurkah aku yaALLAH? bersyukurkah aku
dengan segala limpahan rezeki,rahmat dan nikmat kurniaanmu yaALLAH?
kesempurnaan fizikal dan mental, kesihatan tubuh badan, kelengkapan hidup,
kewarasan akal dan fikiran..semua ini pemberianMU yaALLAH..tapi, bersyukurkan aku?
ada segelintir yang hidup susah..ada segelintir yang hidup melarat..ada segelintir yang hidup di dalam ketakutan,tapi aku? alhamdulilah,aku diberi kelengkapan yang cukup..tapi,bersyukurkah aku dengan semua itu? disaat segelintir manusia mengharungi liku-liku kehidupan dengan susahnya, aku pula dengan gembiranya menikmati hidup yang dipenuhi nikmat kurnianMU..tapi,adakah aku bersyukur?yaALLAH,aku terlalu takut untuk memikirkan semua ini..semestinya,aku tak mahu menjadi hambaMU yang tak tahu bersyukur setelah menikmati nikmat kurnianMU..aku takut dan tersangat takut..di saat ini, detik ini, waktu ini, yang menjadi tanda tanya, yang bermain di benak, yang merunsingkan fikiran, bersyukurkah aku? bersyukurkah aku? bersyukurkah aku dengan semua nikmat kurnian yang telah engkau berikan..
bersyukurkan aku???
yaALLAH..sememangnya,engkaulah yang SATU..