entry untuk pagi ini..berkisarkan sebuah luahan perasaan yang jauh dan lama terbenam dalam hati..
bermula daripada satu permainan yang membawa kepada luahan perasaan..
terima kasih kerana beritahu apa yang korang rasa tentang aku..
pertama2nya.. aku nak mintak maaf kat semua kalau sepanjang perkenalan, aku pernah membuatkan kalian
terluka, dan terasa hati.. sungguh..aku tak berniat bahkan tak terdetik langsung nak berbuat demikian..
banyak kekurangan yang terdapat dalam diri ini..
bayangan dan dosa2 semalam membuatkan aku takut untuk berhadapan dengan semua..
yang menjadi alasan untuk kemurungan diri ini..
kasih sayang..kerana terlalu memikirkan banyak masalah yang aku sendiri tak tahu apa masalahnya,
membuatkan aku merasa kekurangan kasih sayang..family dan juga kawan2..
banyak benda yang bermain di benak fikiran..
penyelesaian mudah yang aku ambik adalah dengan mengasingkan diri..
aku banyak buat lawak bodoh..kebanyakkan orang cakap, e2 adalah cara orang yang kurang kasih
sayang mendapatkan perhatian..terbukti kesahihan ayat 2..
waaaaa..tak tahu nak cakap ape..:'(
aku banyak jealous ngan orang.. dan aku suka berfikiran negatif..lau seseorang cuba menjauhkan diri dari
aku, aku rasa macam aku ada buat salah ke?..tapi apa salah aku?
dan kenapa kadang2, orang 2 boleh terima orang lain, dan kenapa xboleh terima aku..
aku cuba..aku cuba untuk menjadi seorang kawan yang baik kepada semua..tapi.............
ya ALLAH..seandainya orang lain tahu ape yang aku lalui, apa yang aku alami..
aku nak kawan ngan semua!..aku xnak gaduh2..aku nak cuba elakkan supaya orang x terasa hati ngan aku..
tapi....hmmmmmmmmmm
tak tahu nak tulis ape...T___________T
aku nak minta jasa baik semua..tolong..tolongla tegur aku..aku perlukan feedback..aku nak baiki segala
salah dan silap aku..serious..aku nak berubah.! tolongla tegur aku depan2..in sya allah..aku akan cuba
untuk terima..
akhir kalam..aku minta maaf banyak2..dan terima kasih banyak2 atas teguran dan sokongan anda2 semua..
dan syukran kerana bagi aku peluang untuk meluahkan apa yang aku rasa..
ALLAHU AKBAR..
yaALLAH..semoga manik2 jernih yang mengalir adalah manik2 yang membawa kepada kabahagian..amin
bantulah hamba untuk menjadi seorang seorang muslimah yang solehah.. :')
IN SYA ALLAH..