DE RHU BEACH
RESORT
10 Jun 2013
– 10 September 2013
Assalamualaikum
wbt pembuka bicara. Setinggi2 kesyukuran aku panjatkan kehadrat ILlahi di atas
limpah rahmat dan kurniaanNYA. Alhamdulilah, masih diberi peluang untuk menyedup
udara di bumi ini. Alhamdulilah juga kerana masih ada sisa2 waktu untuk aku
coretkan isi2 pengalaman sepanjang berada di DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN,
PAHANG..
Bertandangnya
aku ke DE RHU hanyalah berniatkan untuk menghabiskan latihan industry. Tiada
lain tiada bukan, tiada berniatkan ape2 selain niat itu. Sebelum itu, ingin aku
mengucapkan ribuan terima kasih kepada EN HALIM kerana sudi menerima kunjungan
aku yang last minit ini. Namun bagaimanapun, hari pertama bagaikan satu
tragedy, sudah jatuh rebah lagi. Masalah itu, masalah ini..semuanya bertandang
tanpa diundang, bagaikan satu mimpi yang aku sendiri tidak pasti untuk
mengharungi. Banyak perkara yang bermain di hati, takut tidak terperi, antara
paksa dan rela, antara memulakan dan menamatkan.. antara yang aku sendiri belum
pasti..
Front office
adalah department pertama, mula mengenali KAK ASPA, EMY, KAK FIZA, KAK NADIA,
FADHULLAH, WAN, EN FATAH, dan MAZLI. Alhamdulilah, dengan nasihat yang diberi,
segala ketakutan dapat diatasi. Saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan berlalu.
Macam2 aku belajar, macam2 aku timba, macam2 aku pelajari. Alhamdulilah, nikmat
disyukuri, dengan bantuan rakan sekerja, aku dapat mengharungi segala ribut
badai yang melanda sepanjang berada dekat front office. Dalam sedar tak sedar,
aku mula mengenal dan mempelajari benda baru, yakni kerjaya sebagai Receptionist,
yang aku sendiri tak pernah sangka dan xpernah duga untuk merasai pengalaman
seperti ini. Bersama dengan mereka banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku
berdikari dan berpijak pada kaki sendiri, tidak ku lupa segala jasa dan tunjuk
ajar dari mereka.
Ramadhan
tiba, FNB department kedua. Seriously, permulaan yang kelam buat diriku di awal
ramdhan. Antara paksa dan terpaksa, menjalankan rutin harian tanpa diiringi
keihlasan, pahit untuk ditelan. Namun, kupanjat kesyukuran kepada illahi.
Alhamdulilah, silaturrahim menceriakan diri, silaturahim juga yang membakar
semangat aku untuk terus melangkah dalam menghabiskan sisa2 masa yang tinggal.
Kepenatan
bekerja dapat aku tutupi dengan jalinan persaudaraan antara staff dan budak2
praktikal. Macam2 orang dengan macam2 ragam aku kenal. Nak dihuraikan, 100 muka
surat belum tentu menemui penamatnya, dek kerana terlalu banyak jalan ceritanya.
Tidak ku lupa, department ini jua yang mempertemukan aku dengan si TEBU. Hari2
diharungi dengan gelak tawa, senyum manja.. tak lupa jua, airmata..
Bermulanya
syawal, berakhirlah ramadhan. Dengan itu, berakhirlah tugasku di FNB. Marketing
department menjemput. Permulaan yang suram dek kerana hati berada di FO. Namun
ku teruskan jua demi sisa2 waktu yang ada. Game, online adalah tugas utama
khayalanku sendiri, Fax, Photostat, hantar ambil surat ibarat tugasan tambahan
rekaan bagiku. Mr Sara, Kak Mimie, Kak Jia pelengkap bulan terakhirku di Marketing
Department.
Dek kerana
rindukan tugas dan staff di FO, aku kembali. Sisa2 waktu terakhir diisi dengan
perkara yang sudah pasti meninggakan kenangan. Yang sudah pasti menjadi point
untuk aku merindui DE RHU BEACH RESORT di masa hadapan. Untuk department2 lain
yang terlibat, ingin aku rakamkan ucapan terima kasih juga, sungguh, tanpa
kalian mungkin susah mungkin sulit untuk aku menghabiskan latihan industry
ini..
Kak Watie, Afdhal,
Abang Chik, Zaid, Angah, , Fuad, Muslim, Faris, Kak Su, Kak Illa, Kak Intan dan
yang lain2 lagi. Syukran jazilan abang2 dan kakak2 semua. Alhamdulilah, syukur
yaALLAH. Terima kasih ALLAH atas semua
pengalaman dan pemahaman ini. Terima kasih juga staffs DE RHU atas kerjasama
yang tak terhingga ini..
Izinkan aku
menyusun jari memohon kemaafan andai ade terkasar bahasa tersilap bicara sepanjang
berada di De Rhu Beach Resort..Terima kasih untuk kenangan ini. In sya ALLAH, ini
akan menjadi koleksi kenangan yang Terindah Dalam hidupku. In sya ALLAH..akan
ku utus salam ingatanku..dalam doaku sepanjang waktu..
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu..
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu..
Salam rindu
dari budak trainee.
Nor khairani
rozali
^____________^
10 Jun – 10
Sept 2013.